do like my belog.?klik here.

Wednesday, June 17, 2015

dugaanMu

Assalamualaikum..

Teringin kembali kepada saat itu. bahagia tu terasa. sungguh.. bahagia..

Allah.. besarnya dugaanMu padaku. banyaknya dugaanMu padaku. sobss

Dari kecil hidup asyik perlukan perhatian lebih kedua ibubapa. sekarang masih perlu. Allah.. lemahnya diri. sukarnya berdikari.

Aku..tidak sempurna. namun, tidak kupinta dijadikan begini olehNya. aku bersyukur. aku redha..

Berjalan dengan bantuan tongkat. agak sukar utk kutempuhi. namun aku kuatkan jua. demi dua insan yg aku sayangi. tabahnya aku kerana mereka. syg mok, syg abah. Allah.. sedihnya.

Diri diduga lagi.. Allahuakbar. aku tidak kuat. tidak kuat utk laluinya. utk hadapinya sendiri.. sabarku jatuh. ditembak bertubi2. tidak mampu ku tepis.. akur. hanya itu ku mampu..

Aku sedar siapa aku.. aku menangis bukan kerana kamu,aku menangis kerana aku sedar siapa aku. layakkah aku utk dijaga oleh insan bergelar suami? layakkah aku yg tidak sempurna ini? layakkah aku? Allah.. airmata jatuh tanpa henti lagi. sobss

Berbekalkan sedikit ketabahan yg ada. aku cuba. aku cuba panjatkan doa padaMu ya Allah. agar berilah aku sedikit peluang utk merasai nikmat seperti sahabat2 yang lain.

Untuk merasa jejak kaki ke bumi mmg ak tak mampu. aku cuma mahu bahagia. itu sahaja yg aku mahu.

Namun, berbekalkan ketabahan yg ada. aku perlu bersedia. bersedia utk akur dengan takdirmu ya Allah. Allahuakbar.. sukar. sobss

Berilah aku peluang. aku juga mangsa keadaan. tunda kahwin,batalkan pertunangan,tidak diterima keluarga mereka. tekanan dari keluarga aku. dgn kehidupan menumpang tiada tempat bergantung. kesihatan turun naik tahapnya. hanya aku yg merasai hanya aku yg menanggung sendiri. Allah..sobss

Untuk kamu,

sepanjang bersama. aku seakan lupa akan kekurangan diri. aku bahagia bersama kamu. byk pengorbanan ku lakukan tanpa kamu sedar. byk perkara kamu abaikan aku hanya makan hati,simpan rapi. hanya pada Allah aku buangkan simpanan itu. tiba giliranku. aku terus dihakimi tanpa diberi peluang utk membela diri. aku kecewa. sedih.. namun, aku korbankan lagi perasaanku. perasaan keluargaku. demi kamu. walau apa terjadi, kamu tetap dihati.

Yang terbaik. hanya itu ku mahu.

Maaf. hanya di sini mampu aku luahkan.
Aku sendirian.

Allah..kuatkah aku utk hadapi keadaan sukar ini sendiri? sobsss sobsss sobsss

............

Thursday, June 11, 2015

monolog

Assalamualaikum..

hai teh. usah la bersedih.. tunggu la sehari dua. awak ok punya..

hai teh. usah kusutkan fikiran awak.. awak kan kuat. positif all the time mcm awak dulu2 tu. takkan xingat dh? haipp..

hai teh. keep moving forward.. awak tau kan awak mcm mana.. apedaaa awak ni,mcm tu pon nak nanges..haipp..

hai teh. bukan selalu sorang2 je lalui semua ni,kenapa sekarang tak boleh? jgn terlalu harapkan org kalau awk boleh.. boleh kan? haaa..

hai teh. know how your condition know how yourself. u know right. sedar diri awak. 

all the best. tehobeng is rare~ *smile* ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...