do like my belog.?klik here.

Tuesday, September 20, 2011

siapa yang aku cari.?

Assalamualaikum...
saya ingin berkongsi rasa. tentang perkahwinan. walaupun ramai yg bertanya pada saya, lagi, lagi dan lagi. jawapan saya pada entry sebelum ini.-kenapa lambat kahwin?-
kadang-kadang jawapan saya disertai dengan keluhan. walaupun tak baik begitu, saya mengeluh juga. saya cuma insan biasa yang serba kekurangan. serius......

sebagai seorang perempuan, sudah semestinya saya berpihak pada perempuan juga.perempuan bukan tulisan braille yg perlu disentuh utk mengenalinya. juga bukan seperti ikan yang boleh dipancing-pancing. bukan juga seperti patung yang dibuat perhiasan...


ramai yang bertanya pula pada saya 'siapa yang kau cari?' 'jenis lelaki bagaimana yang kau mahukan?'   dan macam-macam soalan yang serupa itu sering ditanya. jawapan saya pelbagai juga.

saya mahukan seorang yang kaya raya! hahaha... eh...ialah..kaya iman,takwa,akhlak...salahkah saya mahu lelaki 'kaya'? tidakkan.... sebagaimana lelaki mahu perempuan cantik... samalah...

siapa yang saya cari ialah yang boleh mengisi kekurangan diri saya...wah..wah..wah..banyak tuu... saya tak berharta, dia mesti berharta,saya tak cantik, dia mesti hansomelah! saya tak berapa pandai, dia mesti bijak! saya sekolah takat spm, dia harus PHD!! saya hanya ada sebuah basikal dia wajiblah BMW ker... saya hanya menumpang dirumah keluarga, dia kenalah sediakan banglo 3 tingkat untuk saya!!

mmm....tak boleh...tak boleh... mana boleh! hahaha.. gurau... andai ada...alhamdulillah!

siapa yang saya cari? saya cari yang menasihati saya, bukan saya menasihati dia...amboi! sebabnya dah penat dah. asyik nasihat orang sana..orang sini..bla..bla..bla... nak cari pula yang nasihatkan kita.mmm... parahlah cam tu... eh...ni bukan yg saya cari....kalau dapat ok gaklah..

berdasarkan pengalaman rakan taulan, tidak semua yang kita impikan akan kita dapat. mereka mencari yang tidak menghisap rokok, dapat pula perokok tegar, mereka impikan wajah hansome cam aaron aziz, dapat pula cam mamat sepah..kira oklah tuuu...

mereka mahukan pilot dapat pula pemandu teksi. mereka nakkan yang pandai masak dan pandai mengemas rumah...jenis malaslah ni... dapat pula yang cerewet giler..huhuhu..nak yang bujang, dapat pula laki orang. mereka inginkan usia yang tak terlalu muda dan tak terlalu tua...mmm..alih-alih dapat yang muda,muda sangatlah..yang tua..tua sangatlah..pulak...huu..sampai bila nak habis da...sabau jerlah...eh...ini bukan yang saya cari..tumpang laluu...



sedikit nasihat...Sabda Nabi S.A.W “ Demi Allah yang jiwaku di tangan-Nya, Tidaklah Allah memutuskan sesuatu ketentuan bagi seseorang mukmin melainkan mengandungi kebaikan baginya. Dan tiadalah kebaikan itu kecuali bagi mukmin."


"Jika ia memperoleh kegembiraan dia berterima kasih bererti kebaikan kebaikan baginya dan jika ia ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya.” ( Riwayat Muslim )
sambung...siapa yang saya cari? lelaki ini yang saya cari...Antara tanda lelaki itu baik adalah dia TIDAK AKAN PERNAH MEMBICARAKAN SOAL SEKS ATAU YANG MENAIKKAN SYAHWAT denganmu sama ada melalui sms, telefon atau berdepan, SELAGIMANA DIA belum bernikah denganmu. Mana-mana lelaki yang membicarakannya atau meminta sebelum bernikah adalah lelaki jahat dan tidak layak dijadikan suami atau itulah bakal suami penzina, kecuali apabila mereka juga bertaubat. ~ Ustaz Zaharuddin Abd Rahman (UZAR)



*coretan di atas bukan saya punya..saya cilok from Mizz Ary punya blog..jom sesama klik -http://haryanies.blogspot.com/2011/09/siapa-yang-aku-cari.html

Sebenarnya saya agak tersentuh dengan entry mizz Ary  ni. dan banyak lagi entry-entry lain yang saya baca kebelakangan ni. al maklumlah kan mood jejiwang la plak semenjak dua menjak nih..hehehe...cewah jenjiwang sakan weiii..!ahaaa..sambung tido lagi best nih..zzZZZ 


4 comments:

Ary said...

thanks dik...

teh O beng said...

heee sesama kak :)

shazmir said...

isyallah... ada jodoh tuh...

cun awk cun..!!

xyz4mir.blogspot.com/

teh O beng said...

hahaha...insyallah2..thanks yaw shazmir !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...